036- Little trip to KT


Okay so hari Selasa, 10 hb, aku pergi Kuala Terengganu with a mission, that is to finish my driving classes and get my license as soon as possible. Hahaha tapi lain pulak jadinya. And this is how it goes. 

10.03.2015

Pukul 9:30 teksi (Pak Harun) nak datang and drove me to KT tapi hahahahaha pukul 8:30 aku baru bangun and barang-barang belum kemas pun lagi. Kelam kabut aku pagi tu. Tapi dengan bantuan superbibik aku, everything settled well. Aku pergi mandi, masuk-masuk bilik, baju-baju semua dah bersusun atas katil with an empty luggage nearby. So aku just masukkan je baju dalam luggage tu. Hahahaha masehh bibik, sayang bibik. Then everything settle, aku pun keluar. Bawak beg semua. Heran jugak sebab Pak Harun tak sampai-sampai lagi. Pak Harun dah serve for my family ever since kitorang pindah Dungun. Tak pernah sekali pun lewat. Naseb baik aku pergi check pintu pagar B (Rumah aku ade dua gates). Rupanya aku keluar tu, Pak Harun dah tunggu dah siap cekak pinggang. haha takde ah. Saje tambah. Hehe sorry Pak Harun.. 

10:15 am aku selamat sampai kat rumah Jidi kat Tok Jembal. Since my grandparents banyak rumah, aku pun dah naik confuse. Then turunkan luggage, bayar Pak Harun blablabla, aku pun masuk rumah. Tak sempat duduk, Jidi dah siap-siap dah nak bawak aku pergi PSM (my driving institute... Hahahaha instituteee!) So, layankan saja. Masukkan luggage dalam kereta, terus calo pergi PSM. 

Sampai kat PSM akak tu cakap paling awal aku boleh start buat atas litar is on 7th of APRIL. Madafakas. Aku rasa macam nak pengsan slash menangis mase dengar bait-bait indah dari akak PSM tu. Then aku tanye laa apesal lame beno sebab aku dah book ever since bulan February.. Dia cakap..

"Hari tu book dok letok dalam buku, so dok tertulis laa kat sini. Bukan saloh saya. Doh salah saye la? Pastu nok book ni pulok, kene tengok cikgu awok free ke busy. Sekarang ni kereta auto cuma ade sebuah je. Kereta tu laa untuk litar, jalan raya dan test JPJ jadi nok takmboh, awok kene tunggu... " 
Sakitnya tuh disini.. 

Then malas cerita panjang lebar last-last aku pergi book je laa untuk 7th April. GST dah applied dah. Aku still tak dapat lesen. Sedih tahu tak. Haha sedih-sedih pun, pergi laa call kawan aku.

 Dia syorkan aku pergi Pulau Redang. Dia nak suruh aku buat ape pergi pulau tatkala hati berduka begini? Nak suruh aku bercakap dengan terumbu dan karang di lautan, atau ikut Penyu-penyu balik ke kayangan? Atau nak suruh aku selfie and ambik gambar ngan joran? Heish. Then dia sebut pasal Paya Bunga Square. 

So petang tu, hantar Ain pergi Losong, aku pun negotiate ngan Moksu (nenek sedara aku) untuk bawak aku pergi Paya Bunga Square. Moksu ni memang boleh ajak berjimba laa tapi dia tak berani bawak kete. Kete Om yang Myvi tu ade, cuma dia takut nak bawak. So dia kata boleh, boleh sangatt tapi kene naik motor. Hahahaha aku dah lama tak naik motor. Dahtu takde choice, aku pun follow je laa. 

Malam tu tak banyak sangat aktiviti. Tengok Mat Luthfi, tunggu Ain habis kelas. Then tidur. Awal aku tidur, Ain ah ni ajak tidur awal -.- 

11.03.2015

Pagi tu bangun awall! Hahah eksaited nak gi jalan kot. 7:30 dah siap mandi semua. Tapi janji dengan Moksu pukul 10 pagi. And keluar bilik je, rumah dah kosong, takde orang. Atas meja ada kunci kereta, roti canai and duit belanja. Hehehe sayanggg jidi! 


Punya takde kerja dah, aku pergi cuci tandas. Hahahaha kesian aku. Then pukul 9:55 aku turun kat bawah. Tunggu Moksu ah. Punye lah lama tunggu, berselfie semua dalam 10:15 moksu sampai. Pastu naik motor! Boleh bayang tak, sepanjang aku naik motor tu, berapa banyakk selfie aku ambik, aku pun dahtak tahu. And memang aku senyummmm memanjang. Macam orang gila laa. Moksu pun naik heran. Hahahaha sorry moksu. 



Pastu sampai laa kat Paya Bunga Square tu. Hahaha Om was right, takde ape pun dalam tu. It such a waste of time. Bangunan dia besar dan cantik, luas, tapi kedai banyak belum bukak. Banyak laa kedai kosong lagi.. Wayang dia pun belum siap lagi. Cuma ada wayang 7D. Bayar RM 8 sorang. Haha boleh tahan laa syok, tapi sebab dah biasa, so macam tak heran sangat dah. Moksu pulak lain hal, sekejap cabut spek, sekejap pakai, hahahaa sebab takut.. Thrill movie, naik roller coaster. Last-last dia cakap "Natang ape mainan ahu dini main ni..." Hahahahaha sakit perut aku suke.. 

Then kitorang naik ke level 4 untuk pergi makan. Ade food court, tapi makanan belum ready.. Mase tu dah 11 am tapi kedai makan belum start jual lagi... Then Moksu ajak keluar dari Paya Bunga Square tu and ajak aku pergi makan kat Stesen Bas depan tu. 

Hahaha knowing me, aku memang flexible, maksudnya boleh layan semua.. Tapi Stesen Bas tu belum pernah pergi lagi. Dah bas pun tak pernah naik, pe jadahnya aku nak pergi stesen bas kan. Then kitorang pergi laa dekat satu kedai makan ni. Banyak je kedai makan kat situ tapi hahahaha kotor la sikit. Aku order maggi kari dengan tepeng. Moksu pun order bende yang sama.. Dahlah lama, tak sedap mane pun, mahal pulak... Total makan RM 14.00. And Moksu cakap mangkuk dia ada bau tahi lipas. Dia tanya aku, tak bau ke? hahahahahaa aku mane tahu tahi lipas bau canne... Dah tibai semangkuk maggi, baru Moksu cakap pasal lipas ni semua.. Nak pitam rase. Tapi alhamdulillah, takde pun lagi stakat ni muntah-muntah. So okay la kot.. Maybe tu lah first time and last time aku pergi makan dekat Stesen Bas.. 

Pastu kitorang pergi jalan ke Hock Kee Seng Emporium. aka Kedai Hokkiseng. Hok kiseng. Bukan hok kite.. Hahaha lawak jidi. =.='' Pastu jumpe satu baju ni. Voir punya. Cantek laa jugak. Satu RM 110. kalau beli 2, RM 100. Wth. Hahahaha beli dua ah. Habis pokai aku... Rase jugak menyesal tapi takpolah.. 


Petang tu, Ain pulak meroyan nak pergi makan kat Uncle Chua Signature. Hahahaha duit dah tinggal RM 5 ni.. Nak minum air mineral saje pun tak lepas.. Pastu dia dengan sukarela nak belanja aku as long as aku temankan dia makan. Nampak tak mengidam kat situ.. Naseb baik Uncle Chua tu within walking distance je. Oh, rumah nenek aku memang tengah-tengah bandar.. Tepi Primula. Hahahahah so tak susah la nak carik makan... Then kitorang jalan kaki pergi Uncle Chua and makan.. Layankan kepuasan Ain Ali 27. 



Then malam tu Moksu ngan aku pergi jalan-jalan dekat Festival Thailand di Syahbandar. Ain takde sebab pi main Taekwando, tournament nak dekat dah katenye... Best. Sebab aku belum pernah pergi ekspo gitu, so best la. Tak beli banyak pun sebab duit dah lesap dekat Hokkiseng =.= Aku just bawak RM 5 je pergi Festival Thai tu. Beli air RM 2 tinggal lagi RM 3. Hahah pastu terliur tengok budak tu makan sweet corn, pergi beli pulak jagung dalam mangkuk tu. Mahal nak mampus, kecik je RM 2.50. So tinggal RM0.50. Hahahaha sadis tak? Heish.


Haha moralnya anak-anak: You dont need to rich in order to be happy. Make the most out of what you have, and you'll have what others dont, satisfaction

As for me, I am totally satisfied with my vacation this time. Pergi somewhere yang tak pernah pergi, way out of my comfort zone.. Kalau mama tahu aku naik motor, makan kat stesen bas, mesti dia dah tak bagi aku keluar.. =.=

Oh yeah, 22 hb nak pergi KL. Poksu pulak dah janji nak bawak aku tour pusing-pusing KL 2 hari. Mula-mula was-was. Kelas laa ape la. Last-last on, haha tu pun lepas aku kata aku belanje makan. Hampeh.. Be sure to update my blog as well next time..


No comments:

Post a Comment