048- International Education Center (IntEC)


Assalamualaikum my dear friends. Hah canne korang? Baik sihat wal afiat? Semoga begitulah hendaknya. As for me, Alhamdulillah I'm recovering from the Bell's Palsy. Slowly, but surely. Taklaa speedy recovery but still, semakin membaik. What else that I can ask for. Kalau dulu mata tak tutup rapat, sekarang dah tutup rapat. Then, senyum pun dah boleh dah. Walaupun agak sumbing hahaha. Aku betul betul berharap that I can fully recovered before or by 18th May! Hahaha sebab aku dah nak sambung belajar! Okay ni yang aku nak cite ni. 

Soalan pasca SPM result ni obviously includes... 

"SPM dapat berapa result?"
"Lepas ni nak sambung course apa?"
"Nak sambung kat mane?"
"Sekarang cuti buat apa?"
"Bila nak kawen..?" 

Besok. Besok nak kawen boleh? Hehehee 

And nak-nak result UPU baru keluar. And most universities pun dah bagi feedback upon our admission request so makin rancak laa soalan-soalan sebegini meniti bibir mereka si penyibuk ni hah. 

As for me, aku akan masuk ke satu pusat pengajian yang aku pun tak sure IPTA or IPTS, Kolej ke, Matriks ke mende entah aku pun tak tahu dah.. Biasanya conversation with most of people will be like.. 

Them : Dini, lepas ni nak sambung mana? 
Me : Oh Dini dah dapat offer letter dari INTEC 
Them : INTEC? Dok pernoh dengor pun.. kat mane? 
Me : IPTS dekat Shah Alam. 
Them : Oh bakpe masuk IPTS? Dok dapat UPU atau Matriks? 
Me : UPU dapat. Matriks dok mintok pun. Dapat Tingkatan 6... 
Them : Oh dapat UPU?! Kat mane? Course mende? Bakpe dok gi...? 
Me : Dapat dekat UiTM, Mechanical Engineering. Urm Mama dok berkenan haha 
Them : Sayangnya... Kalau anok kite laaa, memang kite suruh ambik UPU. IPTS ni bukan boleh kira. Dia tipunya duit kita... Kekgi sijil dok laku kekgi. Sayang laaa Dini. Doh masuk INTEC course mende? 
Me : Ausmat. 
Them : Natang mende oh? 
Me : Australian Matriculation. Preparation nok gi oversea... 
Them : Oh kaya dakpe.. Duit dok habis. 


and ombak membedil pantai... Burung-burung berkicauan dengan riang rianya. See? Aku kene hadap this kind of conversation almost every single day! So, aku pun came out with my own answer. 

Them : Dini, dapat mane? 
Me : UPU. Mechanical engineering. UITM Bukit Besi. 
Them : Oh. 

Simple and padat. Takde follow-up questions.

International Education College or better known as INTEC ialah satu tempat dimana students dia belajar high school untuk ke luar negara. Course ynag ditawarkan berbeza-beza mengikut kemana destinasi kita lepas ni. Contohnya aku; nak ke Australia. So aku akan kene ambik Ausmat (Australian Matriculation). Lepas habis Ausmat, insyaAllah aku akan fly ke Australia. Amin.. Contohnya kawan aku, Idayu: nak ke US. kene ambik ADFP. American Degree ape entah dah lupa dah..

Ada 2 jaaaa cara kau nak masuk INTEC ni. Haha.

1) Tajaan. 

Kau harus menjadi the best out of the best and apply for any sponsorship from MARA or JPA or Yayasan Terengganu.. Hurm pendek kata dakdak bijak under JPA MARA yang nak fly memang akan ke INTEC dulu..

2) Private. 

Bayar sendiri laaaa. Masuk private. Haha tapi it will cost you a lot of money. Seriously damn buckets of money.

Since result SPM aku pun cukup-cukup makan, I'll let you figure out yourself aku masuk ikut pintu mana. Pintu belakang hahahaha.

Aku akan masuk 18 May ni. Yakni just a few days left. Tak sempat pun nak buat countdown bagai, tahu-tahu dah nak kene kemas beg, pergi.. Hari ni dah Khamis. Family aku insist nak hantar pakai kete which aku rasa agak munasabah sebab beg aku bertimbun, takkan nak naik flight kan. So kitorang gerak ke KL Sabtu ni. Isnin register and Isnin jugak family aku akan balik ke Dungun.  Hurmmm beso doh anok mok aku. Nok masuk Uni doh. 

ps: bags aku satu pun belum kemas.
pss: bilik aku nak kene rombak so aku kene kosongkan jugak bilik ni before pergi
psss: BIBIK TAKDE! shit. 

Test JPJ sangkut dekat 3 penjuru. Sekian. Sedihh guaaaaa~ 




047- Bell's Palsy. Tak sakit tapi seksa.


Hai assalamualaikum and a very good morning for you guys out there. Kalau dah benda nak jadi, pasti terjadikan. Nak dijadikan cerita, masa aku dekat Kuala Terengganu for my driving classes, aku terkena Bell's Palsy. Palsy there means paralyses. Cacat, lumpuh. Terus mak aku drive dari Dungun ke KT sebab bimbang. Act, tak bimbang pasal penyakit ni, sebab mak aku dah pernah kena about 2 years before. Tapi dia bimbang aku tak dapat tahan stress.. Okay guys, so aku nak terangkan la sikit pasal Bell's Palsy ni, so that korang takde laa termangu kalau korang yang kena. 

Introduction.

Bell's Palsy ni ditemukan oleh Sir Charles Bell pada tahun 1829 lagi. So ni bukanlah kes baru.. Tapi kes ni jarang jadi. Satu kajian stated that cuma 20 orang out of 100 000 orang yang mungkin dapat. Bell's Palsy terjadi bila saraf muka terganggu. ( Atas banyak sebab, maybe infection, or salur darah pecah, or baru lepas kena stroke.) and muka korang sebelah akan lumpuh. In my case, muka belah kanan from my point of view. Muka belah kanan aku memang takboleh gerak langsung la. Angkat both kening pun, satu je yang terangkat. Kembang lubang hidung pun kembang sebelah. Kalau senyum, memang mulut herot sebelah.. 

Penawar? 

Kalau korang tak jumpa doktor maybe dalam 3-6 bulan boleh baik tapi takde guarantee yang akan balik normal.. Kalau jumpa doktor, dan kerap buat fisioterapi insyaAllah baik cepat sikit kot. Anyway baik cepat atau lambat tu bergantung kepada tahap infectioness and ikhtiar kita sendiri and of course dengan izin Dia.

Ubat? 

Kalau gi jumpa doktor, doktor akan bagi ubat Steroid and vitamin B-Complex. Tapi jaga-jaga. Steroid memberikan korang super power. Korang akan jadi sangat energetic. Manage those energy wisely.. My mum dulu consume steroid siap boleh jalan keliling taman perumahan 2 rounds and siap berkebun bagai for every single day. Yang ni ambik ikut dose yang doktor bagi... Tolonglaa ikut doses yang doktor bagi. Jangan laa korang action lagi pandai dari doctor pasal Steroid ni. And kalau doping, kau memang sangkut. Sebab steroid ni laa athletes ambik before any tournaments.

B-Complex adalah vitamin and works very well with steroids, tapi dia boost korang punye hungerness gila-gila ah. Baik punya.. Kalau korang tak dapat nak control nafsu makan korang, memang perghh laa berat badan korang. Hahaha aku tengah try control la ni.

Pantang? 

Pantang tengok, semua makan. Since aku takde high blood pressure or kencing manis, doktor tak bagi aku berpantang. Doktor kata, kalau lapar makan. Stop dulu all those nonsense diet sampai fully recover. Ade yang cakap, takboleh makan carbs and everything tapi since doktor aku cakap gitu, aku percayakan dia seratus sepuluh peratus dari omong kosong orang yang tak berotak ni. Tapi doktor kata jangan ikutkan nafsu. Consuming b-complex memang buat aku lapar, tapi janganlah setiap kali lapar, pergi sebat nasik. Ambik biskut and milo saje dah cukup... Atas korang punye keselesaan la. Jangan deny kan rasa lapar tu, sebab boleh cause gastrik.

Apa yang seksa...? 

Sekarang aku mandi kene pakai goggle. Naseb la aku swimming so goggle tu memang ade dekat rumah dah. Sebab mase aku mandi and shampoo rambut, mata belah kanan tak boleh tutup. So air masuk dalam mata. Nak genyeh mata pun sakit woo. Sebab eye ball aku tak timbul dekat eyelid tu. Hahaa. And aku kene stop kan dulu usage of contact lenses. As well as make ups. Kalau tidur pun, kene pakai penutup mata ala-ala diva tu. Sebab mata tak tertutup rapat. So takut masuk semut ke, habuk ke. Kang jadi infection lain pulak. Tapi alhamdulillah la, so far aku baca forums dekat internet, ramai mengadu mata jadi hyper kering. Tapi aku mata tak berhenti-henti berair. Doktor cakap tear glands aku penuh kot. Hahaha kadang-kadang duduk sesaje aku pun menangis belah kanan je. Air mata mengalir. Dulu rajin jugak lap. Sekarang dah malas dah. Lantak pi laa dia nak keluar.

Then lubang hidung aku belah kanan tak berfungsi hahahaha kalau aku kembangkan lubang hidung, sebelah je yang terkembang... Tapi nasib baik tak selsema, so lubang hidung sebelah tu tak blocked la.

Mulut ni paling seksa. Mulut dan lidah dan gigi alek kanan aku memang total lost la. Kalau nak minum dari gelas, belah kanan tu memang bocor la. Then kalau minum pakai straw pulak, air tak naik masuk dalam straw. Sebab mulut tak tutup rapat, pressure takde. Bahahaha. Tapi practice lelame boleh ah. Lidah pulak belah kanan memang deria rasa punahhh. Aku makan peria pahit belah kanan pun tak rase ape dah...

Telinga belah kanan tak boleh dengar frekuensi yang tinggi dan rendah. Haha frekuensi tinggi tu kalau bunyi nyaring. Perghhh rase nak pecah otak ni dengar. Frekuensi rendah pulak bila someone bertepik dengan suara garau. Telinga aku akan berdengung and half of my brain pedih after that. Doctor cakap normal.. And tambah pulak telinga kanan aku ni memang sakit so bonus lagi pain dia hahaha ape doktor ni aku henjaa kang.

Exercise? 

Doktor suruh tiup belon. Haha tapi since aku anti beno dengan belon, aku mintak mak aku belikan pelampung. So my mum belikan neck pillow yang kene tiup and boleh kempis tu. Ala-ala pelampung laa jugak.. Ni nak suruh mulut aku bergerak. Setakat ni seksa jugak laaa nak tiup sampai kembung. Adik aku boleh tiup in less than 3 min tapi aku ambik masa 20 minutes. Ala rilek laa..

Then, kalau takde kerje, tengah tengok tv ke ape, aku kunyah chewing gums. Nak suruh gusi-gusi kurang tegang sikit.

And kalau malam, aku guna hot water bottle adik aku, isi air suam and tuam kat muka yang cacat ni. Ni sangat membantu peredaran darah. So that darah boleh mengalir balik dalam saraf muka dengan lancar..

Sedih tak? 

To be truth, tak. Dengan kesakitan aku yang tak seberapa ni, aku at least bersyukur sangat dengan nikmat yang Dia bagi before. Maybe sebelum ni, aku selalu merungut dengan mata and muka aku.. And bila dah cacat sementara ni, aku dah nampak kepentingan semua benda. And aku pun nampak how people react bila tahu aku sakit. Ada yang concern, ade yang tak kesah pun. Ada yang menyakitkan hati... Hurmm.

Dengan sakit sekejap ni, aku dapat bermuhasabah diri dengan banyaknya. Pressure pun takde. Aku sekarang banyak buat hal aku, buat exercises aku sendiri and dengar lagu yang calming gila so that emosi aku tak terganggu. Hahaha mengada tak?

Nasihat aku, bell's palsy ni tak laa that bad. Mesti ada hikmah bende ni jadi. Jangan laa merungut and sentiasa bersabar. Muhasabah diri kau tu sepanjang kau kena ni. Allah dah pinjamkan aku nikmat dia selama 18 tahun ni, and Dia tarik sekejap je, takkan aku nak mengamuk and menangis meratap kan? Oh and ni buat aku sedar, yang nikmat Allah tu luas. Banyaknya tak terhitung. So stay bersyukur, sahabat.. 

Doakan aku selamat before 18 May hahaha sebab aku dah nak kena register INTEC masa tu. Amin.