Assalamualaikum wbt sahabat handai sekalian.
Hari ni aku mengalami sendiri 'sesuatu' yang mengubah sedikit sebanyak perspektif aku yang (not that kuno but not that modern).. Menjadi lebih optimist when facing challenges, the upcoming challenges.. Aku ada satu soalan untuk korang.. (Well this story is something that I make up okay so segala yang berkaitan adalah kebetulan.. Jangan lah korang tetiba terasa pulak okay.)
One day in the future, you will marry to your spouse right? Suami kahwin dengan isteri. Let take it as women's POV.. Lama you kawen dengan dia, dah dekat 12 tahun, anak dah ada tiga and you tengan mengandung yang ke-empat. Then one day, your husband ditimpa eksiden dan kaki dia patah and kene tahan ward. Ofcourse you akan jaga dia sebaik mungkin kan.. Then one night, tengah teman dia dekat hospital, phone dia berbunyi and you nampak gambar husband you dengan pempuan lain. Bercumbu. Lama you soal siasat your husband and dapat tahu actually dia dah kahwin dah dengan pempuan tu pun. Bini nombor dua.. My question is: if you were the 'wife', what will you do?
Rasional dia, perempuan akan mengamuk kat husband dia, tengking, bertempik, maki hamun dan blablabla and kemas baju dia dan anak-anak, lari balik rumah parents, file kan cerai, turun naik mahkamah and mintak hak penjagaan anak dan lupakan lelaki tu for good.. Dia nak mati ke nak hidup ke lantak dialah kan. Even I pun akan buat bende yang sama kan. Come on, dia dah ada orang lain kan.
And kita akan tear our hair off, wondering kenapa Allah berikan dugaan yang sebegini hebat dalam hidup kita? Kenapa kita? Kenapa aku, Ya Allah? Aku hanyalah hamba-Mu yang lemah.. Tariklah nyawa ku ini ya Allah.. (Doa biasa laaa ni. Takyah deny... )
Kenapa kita tak cuba take a step back and take a deep breathe and figure it out?
Nampak tak...? Allah bagi kita nikmat Dia dengan pelbagai cara.
Seorang suami yang baik dan berharta, lebih dari mampu untuk memenuhi setiap kemahuan dan kehendak kita sebagai seorang perempuan yang cerewet.
Kita dah dapat zuriat yang sihat-sihat dan Alhamdulillah sempurna fizikal dan mental malah Allah sudah siapkan satu jasad dalam rahim kita yang hanya tunggu masa untuk dihembuskan roh kedalamnya. Mungkinkah seorang Putera yang akan menjadi imam kita suatu hari nanti, atau mungkin seorang Puteri yang boleh dibanggakan budi pekertinya..
Allah sediakan kita family (parents, siblings) yang masih setia dalam setiap jatuh bangun kita selama ini... Allah kurniakan kawan-kawan yang sangat baik dan akrab sehingga setiap masalah kita seakan sentiasa berjumpa jalan penyelesaian..
Dan Allah sentiasa permudahkan setiap perjalanan kita untuk menimba ilmu selama nyawa dikandung badan. Setiap masalah yang timbul tidak pernah menjadi suatu isu besar kerana pasti ketemu jalan keluar, dengan izin-Nya.
Dan suatu hari, Allah cuma mahu menarik sekejap kasih sayang-Nya yang dipinjamkan kepada si suami dengan berpaling sebentar kepada perempuan lain... Allah berikan kita cubaan yang sangat hebat dan besar. Kenapa tak gunakan masa ini untuk muhasabah diri? Mungkin sebelum ni, kita tak taat dengan arahan suami kita, sampai dia pun naik bosan dengan perangai kita... Mungkin sebelum ini, kita tidak pernah bersyukur dan seringkali merungut dengan setiap nikmat yang diberi... Mungkin sebelum ni, tanpa kita sedar, kita telah banyak lukakan hati-hati orang yang dekat dengan kita... Atau mungkin, Allah telah buka hati si suami kita untuk kembali semula ke jalan yang benar dan dia masih memerlukan kita untuk berjalan bersama-sama?
Bila difikirkan balik, sebenarnya benar, tiada apa yang salah yang telah diperbuat oleh si suami. Dia cumalah bermonopoli dan dia telah melengkapkan semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syariat agama... Siapa kita untuk persoalkan segala ketentuan yang telah ditentukan oleh-Nya?
Dan, jika benar si suami tadi sememangnya jodoh kita, maka Allah akan permudahkan jalan pada akhirnya dan kita akan kecapi kebahagian.. Dan jika dia bukan jodoh kita, maka percayalah yang Allah akan tarik semula dia dari kita, baik tarik hidup, mahupun tarik mati...
Apa yang kita perlu buat cumalah, selagi kita masih bergelar isteri kepada si suami tersebut, syurga kita masih di bawah tapak kakinya. Walau seburuk dan sehina sejelek mana pun dia... Jadi tempat kita sebaiknya adalah disisinya.. Lebih-lebih lagi, si suami baru ditimpa kecelakaan.. Bersabarlah, teruskan tabah, fikirkan masa depan anak-anak, dan anak yang bakal lahir.. Kerana percayalah, tiada yang kekal selamanya...
Well, life is not always rainbow, sunshine and butterfly. Sometimes we must face the rain, storm and even tornado. kan?