3 September - Isnin
Aku dapat pergi Kem Cakne Arab and Pai and for today, subject BA. Haha best gile kem tu. Happening je. Dah lah dapat duduk ngan kawan-kawan. Eventhough sedih jugak sebab dia pisahkan aku dengan kawan-kawan aku yang lain, it doesnt matter laa. At least aku dapat kenal Nor ngan Aziey lagi rapat. Have a great day !
4 September - Selasa
Subject PAI and its damn boring. Tuhan je tahu ape aku rase duduk kat PPD tu. Dah lah takdek kawan. Kawan-kawan aku semua pandai-pandai. Tak layak pergi kem PAI gitu. Dahlah AKRAM yang datang tu tua-tua semuanya. Boring sangattt. Nor kate "Ade hikmah" Haha. Now I know.
Petang tu dapat mesej dari Khira. Senarai name orang yang dapat pergi Kem Negeri dekat Mayang Sari. Unfortunately, name aku takde. Aku tanye balik Khira "Aku?" and the answer is memang aku tak layak pergi. Aku just tengok Ain yang duduk tepi aku and air mata aku bertakung. Aku nak pergi kem tu! Kawan-kawan aku dapat pergi! Kenape aku takk. Then Ain tanye aku, "Kenape?" Then aku just dapat cakap "Saya tak dapat pergi Kem Negeri" Serentak, air mate aku jatuh dalam kem tu jugak.. Orang kat depan tengah berleter pasal Agama Islam and aku hanyut dengan emosi aku. Aku nak pergi sangat kem tuu. Nak sangat. Takde sape dapat bayangkan macam mane naknye aku pergi kem tu. Result ikut Mid year. Aku dapat 6 A 2 B 1 C. C tu kott jadi penghalang aku .. Aku nak pergi ..
Seharian aku set kan otak aku yang kem tu just brings me more harm. Haha. Yeah untuk sedap kan hati aku. Then okay. Forget about the tears. Enjoy life back. Even dalam hati .......
5 September - Rabu
Sayu je bila dengar pasal geng-geng ni kemas barang nak pergi Kem.. Lagi sayu bila tengok diorang balik pukul 12:30 . Nak lambai pun tak sampai hati. Then diorang datang balik pukul 2:30 nak naik bas. Aku, Idayu, Rahimah ngan Aliyn tak bagitahu pun Ustaz nak tengok diorang. Kire macam skip kelas laa nak jumpe diorang. Then bila diorang naik bas, rase jugak nak nangis. Tapi tahan je la. Smileeeeee ^^. Then bas gerak. Sumpah wehh, rase terpukul gile. Then dapat tahu memang Ustaz batalkan kelas for that day. Siap-siap nak balik rumah dah.. Malam tu aku nak bercerite ngan Khira. Tapi diorang buzy sampai pukul 11 lebih. Okay aku faham. Then aku tunggu sampai pukul 11 lebih dapat mesej dari dia, "call lah" Then aku call, tak angkat. Aku faham. Urgent. Yeah. Aku pun tidur laa.
6 September - Khamis
Kelas aku jadi macam kelas berhantu. Dari 25 orang, tinggal 14 orang je. Cikgu-cikgu pun takdek semangat nak ajar kitorang. Hermmm kinda boring tapi kitorang buat-buat buzy dengan soalan-soalan trial. Try to live on our own feet. Boringgg sangat takde sape tahu. Alah keep remind myself, alahhh nanti diorang balik laa weh. Sabtu ni diorang ade laa balik. Semuanya jadi macam dulu balik. Okayyy ?
8 September - Sabtu
Diorang balik hari ni! Yessssssss .. Ouhh finally aku dah takdek laa boringg sangatt! Bas bertolak amek diorang and diorang pun balik. Tapi diorang tak singgah pun kelas. Diorang turun bas and balik je. Alah takpe, penat. Okay aku faham. Malam tuu twitter penuh pasal memory dekat sane.. Aku jealous okay. Thats explain everything. Diorang tweet pasal memory kat sane. Pasal jadual, pasal bilik, pasal hang kat pantai and everything about that camp..
So aku cam marah2 laa bile diorang cakap pasal kem tu. TL aku penuhh . Last2, Farhana tegur "Ape yang aku dok puas hati dengan orang yang gi Kem? " Guys, aku bukan dok puas hati dengan orang yang pergi kem. Aku cuma tak berape nak suke bile korang start cerita pasal kem tu. Korang nak aku rase ape yang korang rase kan? Tapi korang duduk tak dalam tempat aku? Dari Kem Cakne, aku tak rapat ngan kawan2 aku.
Aku sayang kawan lebih dari orang pernah tahu. And ape yang aku harapkan just diorang lebih bertimbang rase. Tu je. Aku tak benci kawan-kawan aku. Aku minta maaf pasal harsh words yang aku cakap kat Twitter.
Aku tahu aku tak patut emo malam tu. Just aku tak dapat control anger aku . Aku betul2 mintak maaf. Malam tu aku call Idayu and aku cerita semuaa. And aku nangis. Aku tahu aku hilang kawan-kawan aku sebab aku. Aku dah tak tahu nak buat ape. Malam tu, tak best mane..
Hari ni aku nak lepas semua yang ade. Haha insyaAllah takde maki hamun. I want to make this thing clear. About the camp. About friendship. Everything. Yeahh aku tahu memang aku salah, aku maki hamun diorang dekat Twitter sesedap mulut aku. Aku dah tak tahu nak kene buat ape. V.V
Awak, saya tak tahu ape status saye ngan awak sekarang. Dulu kite kawan baik, lepas dari bende ni semua jadi, saye still kawan awak ke? Saye rindu sangat time kite makan roti kaya penyek bawah pokok tu. Time awak cerite semua dekat saye. Saye nak jadi macam tu balik tapi saye tahu takkan jadi kan. Lagipun awak dah ade die. Saye yakin die tak akan buat bende macam saye buat. Awak cerite laa semua dekat die, InsyaAllah die faham. Saye taknak awak ade kawan bangang macam saye. However, kenangan saye jadi kawan baik awak, saye akan cerite kan kat cucu saye so that diorang tahu, ade kawan macam awak is one of the best memory of existence. Awak kawan saye, selamenye.
Okay thats all.